Monday, 10 October 2016

REFLEKSI

Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini, terdapat pelbagai maklumat dan pengetahuan bari telah saya peroleh.  Kursus ini membuatkan saya sedar akan kemahiran dalam belajar agar kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.  Kursus ini juga banyak membantu saya menambah baik strategi pembelajaran saya dan ini amat melegakan saya.  Berikut merupaka kelebihan atau pengetahuan yang saya peroleh mengikut bab. 

Bab yang pertama mengajar saya tentang konsep kemahiran belajar itu sendiri dan dapat kaitkan dengan suasana pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG).  Pada bab ini, saya mempelajari tentang definisi dan konsep kemahiran belajar itu dengan lebih teliti dan kini saya memahaminya dengan baik.  Saya juga mempelajari tentang pembelajaran regulasi kendiri yang mana pembelajaran regulasi menjadi satu aspek yang penting dalam bidang pendidikan.

Seterusnya, saya mempeajari tentang pengurusan pembelajaran sebagai seorang pelajar.  Saya mengaku bahawa bab ini banyak membantu saya dalam menguruskan pembelajaran saya.  Saya mempelajari tentang penetapan matlamat diri dan akademik, stategi meningkatkan ingatan, pengurusan masa, perancangan jadual belajar, mengenali gaya pembelajaran kendiri.  keseluruhan bab ini mnegajar saya tentang kepentingan strategi dalam pembelajaran agar pembelajaran kita lebih berkesan.

Selain itu, saya juga dapat pengetahuan tentang kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat.  Saya didedahkan pengetahuan tentang pencurian sumber maklumat yang mana mempamerkan ciri-ciri yang boleh dikategorikan segaia pencurian maklumat.  Saya juga mengetahui bagaimana untuk melayari internet dan menguruskan maklumat daripada sumber primer dan sekunder.  Selain daripada menmperoleh maklumat daripada internet, saya juga boleh memperoleh maklumat daripada pusat sumber.

Bab yang seterusnya adalah teknik membaca.  Teknik membaca boleh dikategorikan kepada dua, iaitu teknik pembacaan cepat dan teknik pembacaan perlahan.  Dalam teknik pembacaan cepat, terdapat cara bacaan jenis luncuran ( skimming ) dan imbasan ( scanning ).  Teknik bacaan secara skimming ini adalah secara sekilas dengan melompat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Manakala teknik pembacaan scanning pula teknik membaca secara sepintas lalu yang mana kebiasaannya teknik ini digunakan untuk mencari isi utama dalam sesebuah penulisan.

Seterusnya, saya telah mendapat pengetahuan tentang kemahiran mengambil dan membuat nota.  Pada dasarnya, saya amat menguasai bab ini kerana ianya sangat menarik.  bab ini mengajar saya tentang cara-cara membuat nota dan memperkenalkan saya dengan alat-alat berfikir dalam membuat nota.  Saya menggunakan segala alat berfikir dalam membuat nota supaya saya tidak bosan semasa mengulangkaji pelajaran.  bab ini juga membantu saya untuk meningkatkan kemahiran ingatan saya yang mana penulisan nota secara peta minda amat membantu saya untuk mengingati isi-si penting dengan cepat dan berkesan,.

Saya juga telah mempejari tentang kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis yang mana saya belajar bagaimana unutk menganalisis malkumat yang telah dikumpul.  Setelah menganalisis, saya hendaklah mentafsir dan membuat kesimupulan daripada segala maklumat yang telah saya peroleh.  seterusnya, saya akan menilai segala maklumat tersebut sama adaboleh digunakan atau tidak dan akirnya mensistesis maklumat unutk menghasilkan bahan bertulis. 

Seterusnya, saya telah menguasai pengetahuan tentang aplikasi penggunaan perisian komputer, iaitu perisian utiliti, blog, perisian pemprosesan perkataan, perisian pangkalan data, perisian persembahan elektronik.  Sekiranya sebelum ini saya kurang mahir tentang perisian komputer, selepas mengikuti kursus ini, saya mempunyai kebolehan dan pengetahuan untuk menggunakan segala aplikasi tersebut.  Walaupun tidak secekap orang lain, akan tetapi saya tetap mendapat maklumat yang baik dan ilmu ini boleh digunakan untuk membantu saya menyediakan bahan bantu mengajar semasa di sekolah kelak.

Pengurusan pembelajaran juga mempunyai sistem yang tersediri dan pada bab ini, saya mempelajari tentanng ciri-ciri sistem sesebuah pengurusan maklumat yang telah diperoleh.  Seterusnya, saya mengetahui tentang kegunaan sistem pengurusan maklumat dan kepentingan sistem pengurusan maklumat. Secara keseluruhan, bab ini membincangkan dengan agak  mendalam tentang " Learning Management System (LMS).  

Bab yang terakhir adalah penyesuaian sosial yang mana saya mempelajari tentang kemahiran interpersonal dan intrapersonal.  Selain itu, saya mengetahui tentang isu-isu perkongsian maklumat dan isi gender dalam kecemerlangan akademik yang mana menunjukkan kebanyakan yang cemerlang dalam akademik adalah daripada golongan perempuan.  Maka, pada peringkat universiti,jumlah pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki.  Akan tetapi, isu ini bukanlah faktor bagi penurunan kecemerlangan daripada kalangan lelaki.  

Thursday, 29 September 2016

BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL



10.1 Kemahiran Interpersonal
  • Ø  Kemahiran ini bermaksud kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakansemasa komunikasi dan interaksi sosial unutk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
  • ·         Hubungan interpersonal dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah dengan cara:

                                            I.            Melahirkan persefahaman baik antara guru dan pelajar
                                          II.            Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi
                                        III.            Meningkatkan kepekaan guru
                                        IV.            Meningkatkan kebolehan guru


10.2 Kemahiran Intrapersonal
  • Ø  Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang unutk memahami dan mengenali diri sendiri.
  • Ø  Membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya dan mengapa dirinya begitu

Aktiviti yang boleh dijalankan unutk memperbaiki kemahran intrapersonal:
  • ·         Menyimpan jurnal atau diari
  • ·         Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran
  • ·         Menilai kerja sendiri
  • ·         Mengisi boring
  • ·         Menulis pengalaman manis atau pahit
  • ·         Menghuraikan kekuatan


10.3 Pelajaran sebagai ahli Komuniti Pembelajaran

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut:
  • ·         Keahlian
  • ·         Pengaruh
  • ·         Memenuhi keperluan individu
  • ·         Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan


10.4 Isu-isu Perkongsian Maklumat

  •               Gaya dan corak kepimpinan dalam organisasi
  •                  Kemudahan dan teknologi disediakan
  •                  Budaya kesanggupan berkongsi maklumat
  •                  Peneguhan kerjaya
  •                  Polisi organisasi


BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat
  • ·         Learning Management System adalah istilah yang digunakan dengan meluas unutk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada pentadbir sistem

Ciri-ciri utama LMS (Learning management System)
·         Meletakkan bahan kursus di atas talian
·         Papan diskusi (Discussion board)
·         Alat komunikasi lain

Ciri-ciri lain:
  • ·         Memusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran
  • ·         Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan kendiri
  • ·         Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
  • ·         Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala
  • ·         Mudah alih sokongan dan standard

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat (LMS)

  • ·         Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
  • ·         Menyediakan satu portal yang berjenama
  • ·         Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
  • ·         Dapat mengurangkan kos latihan

8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat

  • ·         Menjalankan tugas dengan cekap
  • ·         Meningkatkan semangat
  • ·         Sistem yang sistematik
  • ·         Boleh digunakan banyak kali
  • ·         Meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi


BAB 7 : Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer


7.1 Perisian utiliti:
ü  Perisian sokongan yang membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.
ü  Perisian komputer :-
                - Program-program
                - Dokumentasi pengguna
                - Dokumentasi sistem
                - Data konfigurasi

7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan
·         Perisian aplikasi merupakan perisian selain daripada perisian pengoperasian dan perisian utiliti seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
Fungsi perisian pemprosesan
1. melihat teks yang ditaip pada komputer
2. mengubahsuai apa yang ditaip melalui proses mengedit
3. menghasilkan teks dalam format yang menarik
4. menyimpan teks sebagai fail di dalam cakera
5. mencetak dokumen seberapa banyak yang dikehendaki pengguna

Contoh aplikasi perisian :
·         Microsoft Word
·         Microsoft Excel

·         Microsoft Power Point

BAB 5 : Kemahiran mengambil dan membuat nota

5.1 Cara Membuat Nota



5.1.1  Annotation
Annotation merupakan catatan nota unutk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem.




5.1.2 Outline Note
  • Menggunakan kata kunci dan frasa
  • Menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation


5.1.3 Coloum Notes 
  • Merupakan format nota berbentuk lajur
  • Lebih sesuia bagi subjek sains dan matematik


5.1.4  Nota Rumusan

  • Meengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan
  • Lebih berfokus kepada isi pentng
  • Dapat dibaca dan diringkaskan mengikut ayat sendiri

5.1.5 Nota Lajur


5.1.6 Nota Peta Minda

5.1.7 Singkatan dan Simbol


BAB 6 :

6.1 Menganalisis Maklumat yang dikumpul

Tujuan menganalisi data:
  • ·         Menghubungkait fakta dan maklumat
  • ·         Mensintesis data
  • ·         Membandingkan fakta
  • ·         Membaca yang tersirat
  • ·         Membuat kesimpulan
  •       Langkah menganalisis data :
  • 1.       Analisis data kualitatif
  • 2.       Proses analisis data


6.2 Mentafsir dan membuat kesimpulan

Tujuan mentafsir maklumat :

  •        Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat
  •        Menyatakan hubungan antara maklumat
  •        Membuat kesimpulan
  •    Prinsip asas dalam pentafsiran:
  •     Data yang holistic
  •    Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
  •      Pentaksiran yang tidak mengenepikan unsur humanistic


6.3 Meniliai

Teknik untuk menilai maklumat : 

  • Ø   Perbandingan fakta dengan pendapat
  • Ø  Tahun penerbitan dan autoriti
  • Ø  Kumpulan sasaran dan penerbit
  • Ø  Bahan popular dan akademik

6.4 Mensintesis Maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis

  • ·         Peringkat ini unutk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kaedah mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan baru
  • ·     Memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat

Antara persediaan menghasilkan nota:

  1.               Mengapa (Why)
  2.                  Tujuan (What)
  3.                    Jangka masa (When)
  4.                    Siapa pihak (Who)
  5.                    Skop/lingkungan (Scope)
  6.             Laporan bertulis yang baik seharusnya mempunyai :
  7.                  Tujuan laporan
  8.                   Kualiti laporan
  9.                  Kategori laporan


6.4.1 Penyediaan Laporan Bertulis

Cara penyediaan:

  •                   Memilih topik
  •                   Mendapatkan data atau sumber
  •                   Meneliti dan memilih maklumat
  •      .            Membuat nota
  •                   Menyediakan kerangka laporan
  •                    Menulis draf pertama
  •                   Melengkapkan laporan
  •                   Menyemak draf
  •                   Membuat pemurnian
  •      .            Menerbitkan laporan


Sunday, 25 September 2016

BAB 4: Teknik Membaca


4.1 Pembacaan cepat

Tujuan pembacaan cepat:

  • Mencari sesuatu maklumat dengan efektif
  • Mendapat idea utama daripada sumber
  • Mengenal pasti sesuatu idea dengan cepat
Teknik pembacaan cepat terbahagi kepada 2:

  1. SKIMMING
  2. SCANNING
4.1.1 SKIMMING (Luncuran)
  • Teknik bacaan yang pantas dan sementara
  • Membaca dengan menggunakan penggunaan mata yang pantas
  • Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain pada muka surat yang sama
  • Kepantasan diutamakan
  • Membaca tajuk kecil, tulisan yang dihitamkan

Kedudukan mata semasa membaca kaedah skamming


4.1.2 SCANNING (IMbasan)
  • Teknik membaca yang pantas dan teliti
  • Membaca dengan mudah, pantas dan optimum
  • Membaca dari permulaan hingga ke akhir
  • Mencari maklumat yang mudah
  • Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang

4.2 Pembacaan perlahan

TUJUAN
  • Untuk lebih faham
  • Dapat mengingat maklumat dengan berkesan
  • Mudah memahami arahan
  • Menilai dan menganalisi maklumat

4.2.1 Bacaan intensif / KWLH
  • K (Know) - apa yang diketahui
  • W (Want) - apa yang hendak diketahui
  • L (Learned) - apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
  • H (How) - tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca
4.2.2  SQ3R 
  • S - Survey
  • Q - Question
  • 3R - Read, Recite,Review

Thursday, 22 September 2016

BAB 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat



3.1 Pencarian Sumber Maklumat

Berikut merupakan antara sumber yang dapat digunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran.


  • Sumber manusia
       -  Ahli politik
       -  Pakar (pihak yang mahir)
       -  Penguatkuasa (pihak yang menguatkuasakan undang-undang)
       -  Orang awam 
       -  Orang yang terlbat
  • Media elektronik
  • Media bercetak
  • Media tiga dimensi
  • Sumber persekitaran



3.2 Pengurusan Maklumat

Kesahihan sesuatu maklumat boleh diperoleh dengan menggunakan beberapa teknik tersebut:

  1. Membentuk sikap positif untuk menguruskan maklumat
  2. Melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
  3. Mencari mentor atau pembimbing
  4. Berkongsi pengetahuan
  5. Menerapkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
Konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan malklumat seperti:
  1. Perkembangan kemahiran 
  2. Kelancaran maklumat
  3. Pendidikan pengguna
  4. Pengajaran bibliografi
  5. Orientasi perpustakaan
  6. Konsep-konsep lain
  7. Kecekapan maklumat
  8. Latihan pengguna
Menurut Lau (2006), beliau telah menetapkan tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat:
  1. Akses: kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
  2. Penilaian : pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis
  3. Penggunaan:  pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif

3.3 Pencarian di Perpustakaan 






3.4 Pelayaran Internet

Cara mencari maklumat melalui Internet:
  1. Pergi ke mana-mana pelayaran internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya.
  2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki
  3. Taip kata carian
  4. Selepas menaip kata carian, skrin akan memaparkan hasil pencarian yang berkaitan dengan apa yang anda taip.
  5. Klik pada mana mana yang anda mahu supaya dapat melihat kandungan sama ada sesuai atau tidak.
  6. Mencuri carian lain sekiranya bahan tersebut tidak sesuai.

3.5 Sumber primer dan sumber sekunder

Contoh-contoh sumber primer yang diterbitkan: 
  • Terbitan berkala / terbitan bersiri / jurnal
  • Laporan penyelidikan 
  • Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi
  • Paten
  • Piawaian
  • Disertasi /tesis
  • Prosiding
Contoh sumber primer yang tidak diterbitkan:
  • Kertas kerja
  • Fail Syarikat
  • Fail peribadi
  • Surat-menyurat
  • Diari, memo
  • Temu ramah
  • Lukisan 
Contoh sumber sekunder:
  • Buku teks
  • Buku rujukan
  • Jadual
  • Ulasan


















Thursday, 1 September 2016

BAB 2 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.

Penetapan Matlmat dan Akademik
Penetapan matlamat diri dan akedamik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART untuk membantu individu menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang hayat.
S--T Specific
M-measureable
A-Attainable
R-Realistic
T- Timely

S= Specifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M- Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A--- Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan 
R--- Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T--- Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Pengurusan Masa

Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran, alatam dan sistem yang digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah. Berikut adalah langkah pengurusan masa yang berkesan.

1) Tetapkan Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2) Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3) Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

KEMAHIRAN BELAJAR: BAB 1 (PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR)

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah:

2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya           intelek sepanjang hayat.
2.3 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
2.4 Memupuk didplin kendiri pelajara.
2.5 Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
2.6 Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
2.7 Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
2.8 Meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.9 Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
2.10 Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber                     media.
2.11 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
2.12 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.



1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
  1. Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
  2. Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
  3. Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
  4. Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.
  5. Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
  6. Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
  7. Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
  8. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. 
  9. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. 
  10. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
  11. Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
  12. pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
  13. Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran manakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
  14. Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
  15. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
  16. Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (self regulated learning)
  1. Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
  2. Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
  3. pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.