Thursday, 22 September 2016

BAB 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat



3.1 Pencarian Sumber Maklumat

Berikut merupakan antara sumber yang dapat digunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran.


  • Sumber manusia
       -  Ahli politik
       -  Pakar (pihak yang mahir)
       -  Penguatkuasa (pihak yang menguatkuasakan undang-undang)
       -  Orang awam 
       -  Orang yang terlbat
  • Media elektronik
  • Media bercetak
  • Media tiga dimensi
  • Sumber persekitaran



3.2 Pengurusan Maklumat

Kesahihan sesuatu maklumat boleh diperoleh dengan menggunakan beberapa teknik tersebut:

  1. Membentuk sikap positif untuk menguruskan maklumat
  2. Melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
  3. Mencari mentor atau pembimbing
  4. Berkongsi pengetahuan
  5. Menerapkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
Konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan malklumat seperti:
  1. Perkembangan kemahiran 
  2. Kelancaran maklumat
  3. Pendidikan pengguna
  4. Pengajaran bibliografi
  5. Orientasi perpustakaan
  6. Konsep-konsep lain
  7. Kecekapan maklumat
  8. Latihan pengguna
Menurut Lau (2006), beliau telah menetapkan tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat:
  1. Akses: kebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
  2. Penilaian : pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis
  3. Penggunaan:  pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif

3.3 Pencarian di Perpustakaan 






3.4 Pelayaran Internet

Cara mencari maklumat melalui Internet:
  1. Pergi ke mana-mana pelayaran internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya.
  2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki
  3. Taip kata carian
  4. Selepas menaip kata carian, skrin akan memaparkan hasil pencarian yang berkaitan dengan apa yang anda taip.
  5. Klik pada mana mana yang anda mahu supaya dapat melihat kandungan sama ada sesuai atau tidak.
  6. Mencuri carian lain sekiranya bahan tersebut tidak sesuai.

3.5 Sumber primer dan sumber sekunder

Contoh-contoh sumber primer yang diterbitkan: 
  • Terbitan berkala / terbitan bersiri / jurnal
  • Laporan penyelidikan 
  • Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi
  • Paten
  • Piawaian
  • Disertasi /tesis
  • Prosiding
Contoh sumber primer yang tidak diterbitkan:
  • Kertas kerja
  • Fail Syarikat
  • Fail peribadi
  • Surat-menyurat
  • Diari, memo
  • Temu ramah
  • Lukisan 
Contoh sumber sekunder:
  • Buku teks
  • Buku rujukan
  • Jadual
  • Ulasan


















No comments:

Post a Comment